Keusahawanan
Pengusaha Cendawan Tiram Kelabu
Liong Tiong Sing, 27 Tahun merupakan salah seorang pengusaha Cendawan Tiram Kelabu. Beliau menjalankan pengusaha ini bermula sejak Mac, 2016 berhampiran rumah kediaman keluarga beliau di Bayong, Sarikei. Beliau memasarkan produk ke Sarikei, Sibu dan Saratok. Sebarang tempahan boleh hubungi encik Liong Tiong Sing di talian 019-8658831.
Keusahawanan Melina Bil
Melina , 39 Tahun beliau merupakan usahawan Kraftangan manik. Pelbagai jenis manik yang telah dihasilakn oleh beliau sekaligus dapat meningkatkan pendapatan bulanan beliau. Beliau telah mencari maklumat berkaitan dengan kraftangan dan corak manik terkini di laman web.
Keusahawanan Samabo
Puan Samabo , 34 Tahun merupakan salah seorang pembantu di Tadika Kemas Bayong. Beliau merupakan usahawan Kraftangan mengait(crochet & knitting). Samabo selalu mengikuti kelas-kelas atau bengkel-bengkel yang diadakan di PI kg Bayong dan menggunakan perhidmatan di PI Kg Bayong sepenuhnya untuk mencari maklumat dan mengemaskini FB untuk mempromosikan produk.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Kurang pendedahan dengan teknologi ICT
- Tidak pandai cara mempromosikan produk.
- Tidak tahu tentang kelebihan penggunaan Internet dalam hidupan seharian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Beliau menggunakan sepenuhnya Pusat Internet sebagai tempat belajar dan mencari maklumat. Beliau menggunakan laman sosial dengan bijak untuk mempromosikan produk
Keusahawanan Puan Samabo (Aiskrim)
Puan Samabo , 34 Tahun merupakan salah seorang pembantu di Tadika Kemas Bayong. Beliau merupakan usahawan aiskrim. Samabo selalu mengikuti kelas-kelas atau bengkel-bengkel yang diadakan di PI kg Bayong dan menggunakan perhidmatan di PI Kg Bayong sepenuhnya untuk mencari maklumat dan mengemaskini FB untuk mempromosikan produk. Walaupun dulunya hanya sebagai hobi sahaja, sekarang PN Samabo menjual asikrim tersebut sebagai sumber pendapatannya. Beliau juga menjualnya secara offline dan online.
Keusahawanan Hanti
Hanti Benit selalu mengikuti kelas-kelas atau bengkel-bengkel yang diadakan di PI kg Bayong dan menggunakan perhidmatan di PI Kg Bayong sepenuhnya untuk mencari maklumat dan mengemaskini FB untuk mempromosikan produk. Walaupun sebelum ini beliau menjadi dropship JKD, beliau juga menjual wangi yang viral zaman sekarang. Ini adalah untuk membantu beliau menambahkan pendapatan walaupun hanya sebagai surirumah sahaja.
Keusahawanan Jackline (JF Craft)
Jackline bekerja sebagai penolong pengurus di Pusat Internet Bayong dan menggunakan perhidmatan di PI Kg Bayong sepenuhnya untuk mencari maklumat dan mengemaskini FB untuk mempromosikan produk. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan dan juga sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. JF Craft adalah kraftangan manik yang dibuat oleh Pn Jackline. Walaupun beliau seorang yang bekerja tetapi beliau juga mempunyai minat terhadap manik untuk menambahkan pendapatan. Beliau menjual kraftangan tersebut melalui offline dan juga online.
Jessica Lim
Jessica Lim seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Paoh , 15 tahun dan merupakan seorang daripada ahli PI Bayong. Jessica merupakan seorang dropship skincare produk iaitu Oliven Skincare. Beliau menceburi bidang ini melalui saudara beliau sendiri.Beliau seorang pelajar yang berdikari. Sebelum wujudnya PI Bayong, beliau Cuma memasakan produk tersebut kepada rakan sekolah dan keluarga yang tersekat sahaja.
Namun, setelah kewujudan PI Bayong, beliau terus memasarkan produk Oliven ini melalui media social. Pendapatan beliau juga meningkat berbanding sebelum ini. Beliau berpuas hati kerana pendapatan tersebut boleh membantu beliau dalam perbelanjaan sekolah.
Noria Uni
Noria Uni seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Paoh , 15 tahun dan merupakan seorang daripada ahli PI Bayong. Noria sangat berminat dalam bidang perniagaan sejak kecil lagi. Kemahiran yang dimiliki oleh Noria ialah mereka sesuatu menggunakan manik. Noria mahir membuat gelang tangan, gelang kaki dan rantai menggunakan manik. Sebelum kewujudkan kelas keusahawaan , beliau memasarkan produk di rumah panjang sahaja.
Kini dengan wuudnya PI Bayong, Noria suda mendapat ilmu cara memasarkan kraftangan dan menambahkan pendapatan beliau untuk pembelanjaan sekolah beliau. Sekarang beliau memasarkan kraftangan tersebut di media social. Beliau menggunakan saluran media social untuk berhubung dengan pelanggan . Dengan adanya pengetahuan menggunakan internet, sekarang beliau tidak hanya bergantung dengan telefon sahaja untuk mempromosi produk tersebut.
Anderson
Anderson Lampun merupakan seorang penduduk kampong yang selalu menjual pelbagai jenis makanan seperti kuih muih dan juga aiskrim. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan sampingan beliau. Anderson juga yang bekerja sendiri memilih untuk menggunakan Pusat Internet sebagai sumber rujukan untuk meningkatkan lagi hasil jualan tersebut. Sebelum ini beliau hanya menjual makanan tersebut di sekitar penduduk kampong sahaja iaitu pergi ke rumah-rumah panjang.
Cheraring
Cheraring merupakan seorang surirumah yang selalu menjual pelbagai jenis makanan seperti kuih muih secara offline. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan sampingan beliau.Beliau memilih untuk menggunakan Pusat Internet sebagai sumber rujukan untuk meningkatkan lagi hasil jualan tersebut. Sebelum ini beliau hanya menjual makanan tersebut di sekitar penduduk kampong sahaja iaitu pergi ke rumah-rumah panjang.
Therese
Therese merupakan seorang konsultan Mary Kay. Therese menjual barang-barang yang Mary Kay keluarkan dan juga mengajar tentang cara menjaga muka. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan. Dengan adanya Pusat Internet, beliau dapat mengumpulkan semua orang yang berminat untuk mendalami dengan lebih lanjut pasal Mary Kay pasal penjagaan muka dan lain-lain.
Welviana anak Sigie
Welviana merupakan seorang surirumah yang juga merupakan konsultan Mary Kay. Welviana menjual barang-barang yang Mary Kay keluarkan dan juga mengajar tentang cara menjaga muka. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan. Dengan adanya Pusat Internet, beliau dapat mengumpulkan semua orang yang berminat untuk mendalami dengan lebih lanjut pasal Mary Kay pasal penjagaan muka dan lain-lain.
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Boleh contact sis kita ini.
Facebook: Welviana Allona Lisa
Whatsapp: 012-8510130
Nur Zalfa Aliysa Abdullah
Aliysa merupakan seorang surirumah yang juga merupakan konsultan Mary Kay. Aliysa menjual barang-barang yang Mary Kay keluarkan dan juga mengajar tentang cara menjaga muka. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan. Dengan adanya Pusat Internet, beliau dapat mengumpulkan semua orang yang berminat untuk mendalami dengan lebih lanjut pasal Mary Kay pasal penjagaan muka dan lain-lain.
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Boleh contact sis kita ini.
Facebook: Nur Zalfa Aliysa
Whatsapp: 013-8174499
Anchang Anak Kiam
Anchang merupakan seorang surirumah yang selalu menjual pelbagai jenis makanan seperti kuih muih secara offline. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan sampingan beliau.Beliau memilih untuk menggunakan Pusat Internet sebagai sumber rujukan untuk meningkatkan lagi hasil jualan tersebut. Sebelum ini beliau hanya menjual makanan tersebut di sekitar penduduk kampong sahaja iaitu pergi ke rumah-rumah panjang.
Rose Kiew
Rose merupakan seorang surirumah yang bekerja sendiri iaitu berkebun menanam sayur. Dia menanam pelbagai jenis sayur dan akan menjual hasilnya kepada orang kampung di sekitarnya. Dia menjual sayur tersebut secara offline sahaja. Ini adalah untuk membantu keluarganya mejana pendapatan sampingan selain sebagai hobinya.
Lungi Anak Ambas
Pn Lungi merupakan seorang suri rumah. Dia menjual makanan seperti kuih muih secara offline dan juga online. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan sampingan dan juga sebagai hobinya. Dia menjual produk tersebut di sekitar rumah panjang Bayong dan juga membuat promosi di media social.
Simbut Anak Imang
Pn Simbut merupakan seorang suri rumah. Dia menjual makanan seperti pau secara offline dan juga online. Ini adalah untuk menambahkan pendapatan sampingan dan juga sebagai hobinya. Dia menjual produk tersebut di sekitar rumah panjang Bayong dan juga membuat promosi di media social. Selain itu, dia juga ada mengadakan kelas untuk surirumah yng ingin menjana pendapatan bersama dia iaitu kelas membuat pau dan sebagainya.
Angeline Wong
Angeline Wong merupakan pemilik kedai kopi Aik Seng yang terkenal di Sarikei dan paling “legend”. Kedai ini sangat terkenal dengan Roti Bakar. Kedai ini juga telah dibuka hampir 40 tahun. Selain itu, uniknya kedai ini juga adalah dari segi seni binanya iaitu masih tidak berubah dan masih mengekalkan rekabentuk kedai zaman dahulu. Bolehlah mencuba juadah istimewa ini di:
Nama Kedai : Aik Seng, Sarikei
Lokasi : No.21, Jalan Wharf, 96100 Sarikei, Sarawak.
Pemilik : Pn. Angeline Wong
Masa beroperasi : 7.00 pagi - 4.30 petang.(Setiap Hari)
Alibaba Shakerr
Alibaba Shakerr merupakan kedai menjual pelabagai jenis minuman. Kedai Alibaba Shakerrr bertempat di Kedai No 9 (NUR CAFE) ,Taman Selera Kampung Seberang. Mari bersama-sama merasai "Aik Murah Rasa Mewah".
Norsheila
Norsheila merupakan salah seorang Agent Sugarbomb iaitu wangi yang paling terkenal sekarang. Walaupun bekerja, dia menjual perfume tersebut kerana ingin menambahkan pendapatan untuk membeli keperluan harian. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Sugarbomb, yang dekat kawasan Bayong, kamu boleh beli secara Walk in ke Pusat Internet Bayong.
Winnie Anak Balah
Winnie merupakan salah seorang penjual pelbagai barangan keperluan harian seperti produk Faith Fleur, BNE dan sebagainya. Walaupun bekerja, dia menjual barangan tersebut kerana ingin menambahkan pendapatan untuk membeli keperluan harian. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli barangan yang dijual oleh Pn Winnie, yang dekat kawasan Bayong, kamu boleh beli secara Walk in ke Pusat Internet Bayong.