Rekreasi Dan Pelancongan
Homestay RH. Nyuka, Lubok Lemba
Homestay Rh. Nyuka ,Lubok Lemba ini ialah salah satu rumah panjang tradisional masyarakat iban. Lokasi rumah Lubok Lemba Ulu Sarikei terletak 17KM dari Simpang Bayong dan 85KM dari Sibu. Rumah panjang ini diperbuat daripada kayu “Belian” dan masih mengekalkan ciri-ciri rumah panjang tradisi lama masyarakat tersebut. Rumah panjang ini telah dibina pada tahun 1995 dan dihuni oleh 300 orang daripada 45 buah keluarga. Sepanjang rumah panjang ini “ruai” dihiasi dengan barangan kitar semula sebagai hiasan. Keadaan kawasan yang berbukit dan sungai yang mengalir jernih menyebabkan tempat ini agak sejuk pada awal pagi.
Wong Pala Munsoh
“Wong Pala Munsoh” ini merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Ulu Bayong.”Wong” bermaksud, air terjun dalam Bahasa Iban. “Wong Pala Munsoh” ini terletak kira-kira 1 jam 15 minit dari Rumah Nyuka melalui trek hutan. Pengunjung yang dating boleh menikmati pemandangan indah flora dan fauna daripada alam semula jadi. Air terjun ini memilliki 3 tingkat. Nama air terjun ini diambil sempena sejarah pahlawan dahulu. Menurut penduduk setempat di kawasan ini, sungai yang mengalir di air terjun ini merupakan tempat persinggahan pahlawan-pahlawan dahulu yang hendak pergi “ngayau”. “Ngayau” bermaksud pemburu kepala (head hunter) yang menggunakan “parang ilang”.
Tamu Jakar
Tamu Jakar terletak di Pekan Jakar yang berada dipingggir jalan kira-kira 13 meter dari Bandar Sarikei. Tamu Jakar terkenal dengan Pasar tamu yang menjual pelbagai jenis sayur tempatan , makanan laut seperti Udang, ikan dan sebagainya. Terdapat juga buah-buahan tempatan yang turut dijual. Tamu ini dibuka setiap hari bermula pukul 7 pagi sehingga 6 petang.