Kelas STEM (Struktur Binaan)
11 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 10 September 2023, PEDi Bayong telah mengadakan kelas STEM (Struktur Binaan). Aktiviti yang dijalankan adalah membina struktur objek menggunakan pencungkil gigi dan plastisin. Para pelajar disediakan pencungkil gigi dan plastisin dan diberikan masa untuk membina objek bangunan mengikut kreativiti masing-masing.
Selain memberi pendedahan mengenai pembelajaran sains , aktiviti ini juga dapat mengasah kemahiran kreativiti pelajar dalam menghasilkan sebuah objek bangunan yang menarik. Pembinaan yang direka dengan betul dan sistematik dapat memastikan binaan ini menjadi kukuh, stabil dan kemas. Ia turut mengasah minda para pelajar untuk melakukan binaan tersebut dengan pantas dan cepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: