Kursus Pengendalian Makanan & Advokasi
23 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bayong dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah mengadakan Kursus Pengendali Makanan secara online menggunakan Zoom Meeting dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Bayong. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: