PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM DUNIA SIBER
13 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Bayong telah mengadakan kelas kesedaran mengenai perlindungan kanak-kanak dalam dunia siber . Dalam kelas ini mereka didedahkan cara-cara menangani masalah buli siber, perlindungan maklumat peribadi daripada orang awam. Mereka juga dinasihati supaya berhati-hati menerima kawan yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Selain itu, mereka juga didedahkan cara muslihat yang digunakan oleh si penipu untuk meminta data peribadi pemangsa terutamanya di Facebook.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: