Kempen Hour Of Code
10 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 9 November 2017 , Sekolah Kebangsaan Udin ,Bayong telah membuat kempen kesedaran yang bertujuan memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan. Kempen ini dijalankan di bilik latihan PI BAYONG. Seramai 27 orang murid yang turut serta dalam menjayakan kempen ini. Gerakan ini bertujuan untuk memupuk minat , menigkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran penyelesaian masalah dan menyediakan murid untuk menghadapi pasaran kerja baru ekonomi digital. Kempen ini berlangsung selama 3 jam, pukul 2 sehingga pukul 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: